Deco cafe ala 'Cabana', Ranting Arts Cafe bangkit selepas banjir di Seri Nanding!



Seronok menikmat hidangan roti tampal, nasi lemak rendang daging dan juga pancake🥞👍



Pemandangan cafe dari depan, sederet dengan kawasan perumahan.

Assalamualaikum teman-teman! ❤️💋
Musim hujan-hujan ni memang rasa nak ngopi je..
Dapat kopi latte panas, nikmattt!
Sebenarnya memang lama dah niat nak gi visit cafe Ranting Arts Cafe ni, sejak duk nampak iklan dia dekat Instagram!
Alhamdulillah, terlaksana hajat di hati😊
Jom kita tengok review dia📝

Name🏠: Ranting Arts Cafe

Venue🚦: Hulu Langat, Selangor

Operating Hours⏳: 7am-11am(breakfast)

                                       5pm-10pm(dinner)

Jenis Kedai🍽️: Cafe

Aircondition❄️:No (fan) 

Menu📜: Nasi lemak rendang daging,pancake, roti tampal, lempeng, western food dan macam2 lagi. 

Coffee Arts☕:No

Dessert🍭: Vanilla Ice Cream(refer to menu) 

Price💰: RM10-RM15/person(average) 

Positive Comment☑️:

Cafe didalam kawasan perumahan. Decoration cafe yang kreatif ala ala 'cabana' atau tepi pantai. 

Walaupon ruang terhad, tetapi pemilik kedai pandai susun atur meja dan kerusi supaya pelanggan selesa. Ada pelbagai jenis tempat duduk, ada yang style kerusi tinggi, ada yang seperti meja coffee, boleh pilih ikut keselesaan masing-masing.

Food sedap, rasa 'homemade' dan portion bagus. Layanan mesra seperti masuk ke rumah sendiri hehe. 

Negative Comment❎:

Ruang parking agak terhad. Untuk menu, bagi saya, kurang pilihan untuk dessert atau manis manisan. Harap cafe boleh tambah lagi menu dessert seperti kek, brownies, atau kuih2 melayu. 

Wifi:No

Rating🏁:8.5/10

Recomended🌹:Yes!

Kids Friendly👶:Yes

Payment by card💳: No, untuk sementara ni hanya cash dan QRpay saja, tapi soon sudah boleh payment pakai card. 

Year🗓️: November 2022.

Notes: Cafe ni terletak di Taman Seri Nanding, siapa free terutama pada weekdays(untuk elak ramai orang hehe) , boleh datang ambil pengalaman makan di cafe ni. Cafe sederhana, tapi sangat dekat di hati❤️👍


Disclaimer: segala maklumat hanya dari pengalaman, pemerhatian dan carian di google. 

Sekiranya terdapat info yang silap,pihak kami mohon maaf.

Menu board yang terletak di hadapan pintu masuk. 

Dekorasi sinki basuh tangan yang kreatif


                  Suasana dalam cafe


                 Permandangan di pintu masuk



Antara menu yang ada, rasa puas hati, harga berpatutan! 



Ulasan

Catatan Popular