Acik-acik pekena Dimsum Halal yang padu di Ipoh❤️

 

Antara dimsum yang kami oder, ada inti udang, scalop, ayam, macam2 lagi.

Assalamualaikum teman-teman! ❤️

Kat sini siapa suka makan DimSum??

Untuk peminat dimsum sebenar, sis cadangkan uols try lah kedai ni yang terletak di Ipoh😊InsyaAllah mesti puas hati(puji ikhlas ok)

Jom kita tengok review:

Name🏠: Canning DimSum (DimSum halal Jakim di Ipoh) 

Venue🚦: Ipoh, Perak

Operating Hours⏳: 7.30am-3.30pm

Jenis Kedai🍽️: Restaurant(ada outdoor and indoor) 

Aircondition❄️:Yes

Menu📜:Pelbagai jenis dimsum, pau, chee chong fun, specialty dia of course lah chineese food! 

Coffee Arts☕:No

Dessert🍭: Salted egg yolk pau and others(sorry,tak ingat) 

Price💰:RM30-40/person(average)  

Positive Comment☑️:To be honest, ni kedai dimsun paling sedap sis pernah rasa, dari segi taste memang tiptop! Inti dimsum penuh! Service pon bagus walaupon ramai giler orang. 

Sis oder coffee ice, gelas besar dia bagi! Puas hati❤️


Negative Comment❎:

Parking agak susah, kawasan situ jadi sesak sikit kalau peak hour. 


Rating🏁:9/10

Recomended🌹:Yes

Kids Friendly👶:Yes

Parking: Digalakkan naik grab, mudah

Payment by card💳: Yes

Year🗓️: November 2022

Notes:

Kedai ni bukak awal, jadi datang la awal, kalau tak, kena tunggu giliran. 

Tapi tak perlu risau, ada banyak tempat duduk untuk menunggu. Deco pon kreative, sambil menunggu boleh ootd! 

Untuk peminat dimsum, sila la try restaurant ni! 


Disclaimer: segala maklumat hanya dari pengalaman, pemerhatian dan carian di google. 

Sekiranya terdapat info yang silap, kami mohon maaf.


Tengok gelas kopi ais tuu, puas minum, pau salted egg yolk tu pon gebu gebu. 



Air pon banyak pilihan. Dimsum dia yang jadi sedap tu sebab teksture dia lembut, moist, dip pulak dengan cili yang dia kasi, terangkat!! 




Chee Chong Fun ni pon sedapppp... Wajib oder


Kalau taknak makam dalam kedai, boleh makan area ni. Outsoor area, angin natural sambil tengok jalan hehehe

Kedai ni memang banyak bunga, ni antara ruang menunggu kalau pelanggan ramai. 
Sambil tunggu, boleh la ootd. Banyak betul bunga kat kedai  ni. 


Ulasan

Catatan Popular