Apa yang ada di Kedai RM2? NOKKO kedai 'berhantu'!

 

Ni entrance Nokko Taman Dagang Ampang.


Assalamualaikum💋📸❤️

Topik kali ni macam hangat sikit! Korang mesti pernah dengar istilah kedai saka, kedai berhantu, tak kuat iman, jangan masuk! Hahaha

Aku pon salu terjebak! Niat asal nak beli satu barang jee, nak beli tanah(aku minat berkebun, so tanah kat situ pon bagus dan sah sah RM2 je sekampit, kenapa perlu bayar lebih😆), tapi end up penuh bakul! 

So dari ayat di atas, uols boleh tau lah, Nokko tu ada barangan untuk 'gardening'. Bukan setakat pasu yang cantik dan pelbagai size, biji benih, baja, tools, semua ada. Antara rajin dengan tidak je.

Selain tu, area paling aku suka~alat tulis. Alamak, tarik nafas dalam2 kalau lalu sini! Dari pen yang comel, notebook yang cute, sticker2 yang colorfull, highlighter,pemadam, pensil warna, semua ada!

Lepas tu, kalau pergi pulak bahagian dapur, tuala dapur, perlatan memasak, 'baking', cawan, pinggan, sudu, pisau, garfu, pendek kata, tolong jangan pergi sana dalam keadaan tergesa gesa ye, pergilah dengan jiwa yang tenang, baru rasa nikmatnya, hehehe

Banyak lagi, kosmetik, toys budak2(berbaloi sangat beli kat sini), perkakas rumah seperti penyapu, sabun cuci lantai, berus dan macam2 lagi lah.

Oh ada lagi part aku suka, part jajan! Pilih saja biskut, choc yang uols suka! Air tin pon ada.

Tapi aku perasa sejak pkp ni, tak semua barang RM2. Ada yang dua barang RM5, ada yang satu barang RM5, ada yang satu barang RM10(contoh pinggan makan yang cantik dan size besar). Mungkin juga kesan dari ekonomi yang tak berapa stabil yang menyebabkan banyak kos bahan mentah meningkat.

Kesimpulannya, kedai Nokko ni masih berbaloi untuk kita kunjungi. Boleh agak perbelanjaan sebab senang nak kira. Kalau ambil barang RM2 tu 10 item, jadi kena bayar RM20 lahh😆😆😆

Ok lah, itu serba sedikit pendapat aku terhadap kedai 'berhantu' ni. Happy shopping! 




adusss Cute nyaaa










Ni pon takleh tahan tengok,macam nak beli semua!




Ulasan

Catatan Popular