Camping di Hat Chao Mai Natural Park~ Pergi berdua, balik berempat!

    Pelampung yang dijadikan titi/jambatan        untuk ke bukit sana. Kalau nak jalan,             perlukan skill imbangan badan yang baik,     sebab bila ombak datang, dia akan         beralun  alun😆


       Antara kawasan pokok pokok dan pantai


    Hujan turun masa hampir subuh, kami       tidur dalam kereta. 


Assalamualaikum sahabat semua❤️
Kita sambung lagi kisah roadtrip KL-PhangNga Thailand- Part3!
Walaupun berat hati sikit untuk tinggalkan Sawasdee Lagoon campsite sebab masih belum puas, tapi kami teruskan juga perjalanan.
Lumrah kehidupan, apabila ada pertemuan, pasti akan ada perpisahan.

Untuk perjalanan menghala ke selatan, kami tiada plan yang spesific. Hajat hati teringin untuk lepak di tepi pantai, tidur dalam kereta(campercar) dan bukak khemah.
Cuba google, terjumpa pantai di Hat Chao Mai Natural Park, di daerah Sikao, Trang.
Perjalanan mengambil masa lebih kurang 3jam lebih dari Phang Nga.
National park ni buka dari pukul 8.30pagi-5 petang. Bayaran yang dikenakan 30TB seorang.
Nak di jadikan cerita, kami sampai agak lewat dan keadaan dah gelap.

Apabila sampai di pintu gate Natural Park, kami terpaksa melalui pemeriksaan security dan pintu ditutup kerana sudah lewat. Tapi memandang kan beliau tengok kereta kami datang dari jauh, beliau izinkan kami masuk, dan perlu register nama dan kereta di pondok security.
Alhamdulillah, perjalanan dipermudahkan.
Keadaan Natural Park memang gelap, kami meneruskan perjalanan sehingga terjumpa pantai. Di tepi pantai, ada tapak parking kereta, tapi tiada seorang pon yang ada disitu.
Syukur, ada public toilet tak jauh dari tapak parking tersebut.
Kami berhenti disitu dan terus kemas kereta, untuk dijadikan tilam, dan juga bukak khemah kecil di tepi kereta.
Angin agak kuat, membuatkan terasa seolah olah kipas depan muka.
Sempat juga makan bekalan yang ditapau semasa berhenti makan tengah hari di kedai muslim di Krabi. Nasi putih, ayam golek, bihun tomyam sungguh nikmat di kala tengah malam, disaat badan keletihan,ditemani angin pantai..
Bila tengok langit, terdetik dalam hati, tak sabarnya nak tunggu esok pagi.

Tatkala subuh datang, baru boleh nampak deruan ombak pantai. Rupanya ada pelampung yang diikat, dibuat seperti titi/jambatan untuk menyeberang ke pulau kecil di tepi pantai tersebut. Selepas sarapan, bergambar dan berjalan di sekitar kawasan tersebut, kami teruskan perjalanan ke Satun. Di Satun kami terus check in hotel, Satun Boutique Resort. Hotel harga marhein, tapi bilik macam hotel berbintang2.Recomended!

Keesokkannya,kami teruskan perjalanan ke sempadan Wang Prachan.Sebelum melalui kastam, kami jalan2 dulu di kedai2 tepi jalan untuk beli sedikit jajan dan kudapan.
Kali ini, Alhamdulillah, pemeriksaan imigresen/ kastam berjalan lancar. 

Tapi, bila tiba di kastam Malaysia, ada kedengaran pegawai tengah bercakap  di handphone seperti tengah call grab atau driver teksi utk dtg, tapi tiada yang available. 

Di sebelah kiri pula terlihat dua orang 'Mat Salleh' terpinga2 sedang berdiri, hujan pula turun semakin lebat.

Kesian pulak.
Kami ringankan mulut bertanya dengan pegawai kastam tersebut, ada masalah ke, pegawai tersebut terus beritahu,'Mat Saleh ni nak turun ke padang besar, tapi satu Grab pon tak ada yang nak hantar!'

Mungkin sudah lewat dan cuaca buruk, siapa yang nak lalu jalan Wang Kelian tu kan.
Jadi kami pon cakap, "takpelah, join je ' ferrari vintage'kami ni," hehehe
dan kami pon hantar lah 'Mat Salleh' yang dari Perancis tu ke hotel di Padang Besar.
Siapa sangka, terjalin juga sirraturahim antara Malaysia dan Perancis di Perlis😂.
Welcome to Malaysia Nick and Thay🇲🇾
Mereka juga dalam perjalanan nak ke Langkawi keesokkannya.
Setelah semua selesai, kami meneruskan perjalanan pulang ke KL.

Roadtrip ni memang penat, tapi memori setiap detik perjalanan tu yang berharga, terpulang pada masing2 punya penerimaan. Bagi aku personally, seriap roadtrip ibarat kita melalui fasa 'persekolahan' yang bergerak. 😊
Ok, kita jumpa lagi dengan kisah yang lain pula❤️
InsyaAllah.
"Smell the world, spread a smile"


     Pondok security di entrance Natural Park, register dan bayar 30TB seorang. 

    Perjalanan ke Natural Park bermula, security membuka gate dan membenarkan kami masuk. 


        Suasana selepas subuh


    Ada beberapa keluarga datang berkelah di pantai


  Hehehe saja letak sini sebagai kenangan. Pemandangan biasa tandas di Thailand,cuma sekarang design macam ni dah makin kurang, kebanyakkan dah tukar tandas duduk. 


    Berkemas untuk pulang. 



   Sebelum balik Malaysia, singgah semalam     di Satun. 

     Singboard di border Wang Prachan. 


   Mr. Nick. And Mr. Thay yang kami jumpa        di Kastam Wang Kelian. 

Ulasan