Terkejut! Kena denda TB10000!! Take note siapa yang memandu kereta masuk ke Thailand🇹🇭

Kawasan imigresen/kastam bahagian Wang Prachan Thailand! Di sini lah bermulanya drama 10000TB😆

Pintu masuk sempadan Wang Kelian (Malaysia). Time ni tak ramai orang and urusan imigresen/kastam bahagian Malaysia berjalan lancar. 


Assalamualaikum!❤️
Alhamdulillah, roadtrip ke Phang Nga (Thailand) berjalan lancar.Perjalanan bermula 11/10/2022 dan berakhir 17/10/2022.
Total jarak perjalanan pergi balik lebih kurang 2150km.
Untuk kali ni, biarla aku cerita kisah yang berlaku di imigresen dan kastam di sempadan Wang Kelian dan Wang Prachan,
sebab kisah kat sini pon dah boleh cover drama satu hari😂.
Dari KL, kami bermalam di Kangar dulu,
kemudian decided untuk masuk Thailand melalui pintu sempadan Wang Kelian.
Untuk lalui jalan Wang Kelian, sememangnya perlukan kekuatan mental dan juga utk yang memandu, skill dan ketahanan  fizikal untuk mengimbangkan pedal kereta anda, hehe.
Alhamdulillah, 'ferari vintage' ku lepas ujian ketahanan, walaupon luar vintage, dalaman masih mantap!
Ok back to the main topik, cara2 nak masuk Thailand dan 'drama' yang kami lalui.
Kami buat insuran kereta untuk masuk Thailand melalui shopee sahaja(apa je yang takde jual kat shopee kan).
Insuran kereta (sedan, 19 hari) =RM24
Borang TM2&3(ni macam surat kebenaran bawak kereta) =RM3
Borang TM6 atau white card(untuk individu RM3 seorang, so kami 2 org)=RM6.
Total semua document untuk masuk Thailand =RM33.
Geran kereta atau salinan geran, jangan lupa bawa sekali. Macam aku tak bawa geran, tapi ada copy dalam handphone, kena bayar RM10🤦‍♀️
Disebabkan aku beli insuran dari shopee,
ada delivery charge RM4. 90.
Seller akan pos semua document ke alamat kita.
Untuk insuran, dia siap kasi pdf, so kita boleh print sendiri kalau nak.
Bila sampai sempadan, urusan cop pasport di imigresen, penyerah borang2 tersebut di kaunter, tiba-tibaaaaaa...
Officer tu kata kereta 'ferari vintage' aku tu kena block, dan nama aku blacklist sebab,pada tahun 2015,ye aku ulang 2015,kami penah masuk Thailand dengan kereta ni, tapi tiada record keluar!
Masa tu masuk ikut padang besar, keluar ikut Golok, mana nak ingat dah slip ke borang ke apa.
Then dia suruh call imigresen Thailand dekat Golok, check balik record tahun 2015!😅
Nak cakap depan2 pon antara paham dengan tidak(language barrier), ini pula nak cakap dalam telephone.
Satu cara untuk settle kan, kami kena bayar denda 10,000 TB, bersamaan +-RM1255!
Kami pon duduk sekejap di kawasan situ,
sambil2 tanya orang, rupanya ramai yang kena. 
Mereka pon terpaka bayar denda untuk clear kan nama dan kereta mereka dengan kerajaan Thailand😭.
Pikir punya pikir, kami ambil keputusan untuk bayar. Duit memang tak cukup, tapi dia suruh masuk jalan kaki, turun bukit, celah tu ada ATM😆
Maka selepas turun, naik bukit, dapatlah kami selesaikan masalah tersebut, dan nama pon tak diblock lagi.
Oh ya, sediakan duit kecil juga, sebab untuk urusan cop2 borang tu, dia minta 40TB, masa balik 30TB.
So sesiapa yang pernah masuk kereta ke Thailand sebelum ni, baik semak balik samada bila anda pulang tu, ada record atau tak.
Dan bersedia dengan kemungkinan yang akan berlaku.
Bila selesai tu, baru boleh tarik nafas lega, perjalanan di terus kan menyelusuri daerah Satun, Trang, Krabi dan Phang Nga.
Sambung next episode pula..! 

Sekitar Wang Prachan selepas je melewati sempadan. Dekat sini ada ATM machine! Di celah celah kedai. 

Antara signboard yang ada dibangunan imigresen Wang Prachan. Dia cakap Good Bye and see you again, agaknya lah😆

Ulasan

Catatan Popular