Perjalanan berbukit dan berliku dari Wang Kelian ke Phang Nga, rupanya ada tempat cantik! !

Ini lah permandangan campsite kami, 3 hari 2 malam, kami dapat khemah tepi sekali, senang nak parking 'ferrai putih' tu hehehe

Route dari Wang Kelian ke Phang Nga

Hentian di Trang(lebih kurang macam RnR) , Tempat isi perut dan solat. Cantik ya tempat ni👍❤️



Perjalanan di teruskan, lalu beberapa pekan kecil. 


                   Isi minyak

       Assalamualaikum teman-teman!🙋‍♂️🙋‍♀️

     Sambungan kisah perjalanan kami dari Wang Prachan ke Phang Nga. (Siapa yang belum baca kisah kami dengan kastam Thailand, boleh baca di blog sebelumnya).
Perjalanan dari Wang Prachan ke Phang Nga ambil masa lebih kurang 7 jam lebih (termasuk rehat), jarak 376km.

     Jalan raya di Thailand sangat ok, cuma faktor muka bumi seperti jalan berliku liku dan berbukit membuatkan tempoh perjalanan mengambil masa lama, walaupun ikut 'highway'.Seronoknya sebab di sana tiada tol(yang ada disekitar Bangkok). Kami menuju ke Phang Nga untuk bercamping di sana. 

     Dari Wang Prachan, kami melalui Satun,Trang, Krabi kemudian baru sampai PhangNga. Sesiapa yang berminat ke sana, digalakkan jalan pada waktu siang,
kerana jalan pada waktu malam, agak tidak berapa 'selesa' . Dalam perjalanan, kami singgah di Trang, di restaurant The Rabbit untuk 'recharge' tenaga!Dekat situ ada makanan halal yang sedap,surau dan kami solat di situ. Baru lah fresh nak teruskan perjalanan😊ke Sawasdee Lagoon!

     Bila sampai saja di sana, rasa macam berbaloi baloi perjalanan berliku2, naik bukit turun bukit hehe.Kawasan luas dan berpagar, macam masuk garden, ada tasik besar yang sesuai untuk berkayak.Kami buat tempahan di Agoda, harga sekitar RM48 semalam, khemah disediakan, termasuk tilam dan bantal, kipas,boleh berkayak dan berbasikal!
Size khemah memang selesa dan boleh solat dalam khemah.

     Dalam kawsan Sawasdee tu ada cafe, tapi tidak halal, so, bagi yang muslim, bawa lah makanan sendiri!Kami bawak dapur, beras, telur,dan beberapa bekalan lain untuk masak, memang berselera la makan oii haha! Bila bekalan habis, kami keluar ke Lotus(lebih kurang 7km),untuk beli barang basah. Kalau rasa ada peralatan yang tidak cukup, boleh je request dengan staff.
Kami diberi meja, kerusi dan juga lampu kalimantang, untuk masak dinner dengan selesa dan terang, takde la lauk hangit kann😆😆

     Okey, kalau korang tak berminat style camping, boleh juga duduk di challet,tapi yang bestnya camping ni,khemah di letak mengadap tasik👍.Bangun pagi, bukak khemah, terus nampak tasik yang tenang😊nikmatttt!

     Oh ya, di Phang Nga ni kami topup petrol,
30. 24L= TB1070First stop isi minyak selepas masuk Thailand! Payment untuk minyak sangat mudah, boleh pakai cash atau card.

Oklah, Sambung lagi episode seterusnya!

           "Smell the world, spread a smile" 




                                 Lotus di Phang Nga , lebih kurang 7.7km dari tapak perkhemahan.

Tengah pilih barang basah untuk di masak, Malam ni beli talapia fillet, dengan sotong. 

       Possing sket depan pintu khemah



                                                     Big boss tengah masak hihi


                                                Pemandangan selepas subuh, sejukkk


                                        Sinki untuk mencuci pinggan mangkuk,  mengadap tasik




                    Ni laluan ke tandas, dapat lihat anak sungai/jeram yang mengalir dari tasik.



Dalam khemah ada bantal, tilam, kipas, tuala, air mineral

Ulasan

Catatan Popular