Terminal 4 Changi Airport! (Baru operasi selepas Covid)



Sambil tunggu gate buka,boleh jalan-jalan tengok decoration




Assalamualaikum❤️📸💋

Ok, aku beli ticket Air Asia utk ke Singapore ni sebulan sebelum,sebab cousin aku nak nikah. Untuk bulan September je, dua kali aku fly ke sana sebab dua orang cousin aku decided nak nikah on September.

Yang kali pertama aku gi 9/9/2022,masa tu AirAsia masih landing di Terminal 1,Changi.Dari KLIA2 pon gate jauh(nasib baik kebetulan ada buggy😆). 

Kali ke dua aku fly 23/9/2022(ni selepas covid ya). Sebelum tu ada dapat email dari AirAsia yang bermula 15/9/2022, flight akan turun di Terminal 4, Changi. 

Ok, gate nak masuk di KLIA2 pon dekat, masa landing tu pon senang, jalan sikit je dah sampai ke imigresen. Suka deco T4, cerah, simple, wangi, tempat nak beratur tunggu imigresen cop passport pon ada tanam pokok! Niceee! 

Masa nak balik pula, gate pon dekat, foodcourt halal ada dekat luar(sebelum masuk ke kaunter imigresen), sempat kami minum kopi and makan nasi ayam. 

Bila dah masuk, wahhh lagi banyak kedai makan kat dalam. ada Coffee Bean, BurgerKing, macam2 lagi, prayer room pon ada, then ada kawasan utk rehat dan tidur(siap kerusi boleh baring and lampu malap). Lagi satu now airport Changi dah improve, toilet dah sediakan biddet! 

Kedai2 jualan pon banyak, Coach, Charles and Keith, kedai buku, aku memang love sangat dgn T4, sebab aku tak penat buang masa berjalan berkilo meter nak ke gate hehehe... 

Oh ya sebelum tu, untuk visitor yang nak masuk Singapore, jangan lupa isi borang(dulu white card), secara online di website ICA. gov. sg. Boleh isi 3 hari sebelum bertolak, dan result permohonan akan dihantar melalui email samada suksess atau tidak. 

Oklah tu je nak
 story pasal T4 Changi! Jumpa lagi💋📸❤️😆



Ni foodcourt yang dekat luar imigresen,makan nasi ayam hihi

Ulasan

Catatan Popular