Buffet HiTea Harga Marhein di KL!July 2022❤️



Aku ni memang minat gi buffet, pada aku tengok buffet ni mcm masuk muzeum hihi

Penuh kesenian gitu.. Oklah, setelah nampak promo IDEAS hotel KL yang murah2, aku pun ajak la anak sedara aku try hi tea dekat situ.

Hi tea start pukul 3.30petang,so dalam pukul 3 kami gerak memandangkan tidak lah jauh mana, tengok waze dalam 18minit je..

Cuaca pun cantik, masing2 dah excited, sekali lagi ibarat di scam oleh waze. Dia bawak masuk kat lorong masjid India tu.. Ada la 3 kali kami pusing kat situ, tak nampak pun batang idung IDEAS Hotel.Lepas tu anak sedara aku tengok map, dekat jalan Raja Laut lah... Kalau Sogo tu sebelah kanan korang, terus je sikit lagi ke depan, hotel tu sebelah kiri. Fuhhh naseb baik jumpa and parking percuma yaa, sejuk sikit hati hihi

Masa sampai, dari basement kena naik tangga ye , terus muncul kat pintu loby, deco menarik, boleh tahan cantik. Service pon ok, makan dulu baru bayar, RM18 je seorang untuk hi tea!!! Yeaaa ku ulang, RM18!

Baloi sangatt, menu yang ada, mi curry, pasta(boleh request chef masak nak carbonara ke oglio ke), pengat labu, pizza, cucur udang, popia, samosa, keledek goreng, salad2, sos yang pelbagai jenis, air sirap, teh tarik, kopi panas.. Haaaaa baloi kann, kalau makan ala carte pon boleh lebih dari RM18.

Tapi aku tak sure lah promo ni sampai bila, setakat ni yang aku tau sampai 31/7/2022😁Kot lepas ni harga lain, maka nya harga RM18 hanyalah tinggal sejarah, taktau la sejarah berulang ke idokk... 

Kita jumpa di next posting, Assalamualaikum💋

#buffetmurah #ideashotelkl #hiteakl




 

Ulasan

Catatan Popular